Wednesday, 5 November 2014

Latar Belakang "Program Melakar Sejarah"


           Universiti Pendidikan Sultan Idris, sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang terawal di Malaysia sememangnya amat menekankan penglibatan  siswa/inya secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang berteraskan masyarakat. Berdasarkan anggapan bahawa mahasiswa merupakan sebahagian daripada masyarakat, maka mahasiswa UPSI seharusnya tidak melupakan peranan mereka untuk mencurahkan semula tenaga dan bakti mereka  kepada masyarakat. Hal ini selari dengan hasrat kerajaan yang menekankan bahawa mahasiswa merupakan pemimpin masa hadapan negara yang bakal memikul tugas merealisasikan  Wawasan 2020. 

              Program Perdana Melakar Sejarah: Mahasiswa UPSI Bersama Masyarakat anjuran Persatuan Mahasiswa Sejarah ini merupakan salah satu usaha universiti untuk memberi peluang kepada siswa/i untuk mendekati  masyarakat bukan sahaja atas tujuan untuk merapatkan hubungan sesama mereka, tetapi juga untuk menimba pengetahuan dan pengalaman antara satu dengan yang lain, serta memindahkan ilmu dan kepakaran UPSI  kepada masyarakat.